Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus di mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang diadakan baru-baru ini.

MPC menyifatkan pendirian dasar monetari adalah wajar dan akomodatif. Selain itu, langkah-langkah fiskal dan kewangan akan terus mengurangkan impak ekonomi terhadap perniagaan dan isi rumah serta memberikan sokongan kepada aktiviti ekonomi, kata BNM.

Kadar OPR itu kekal pada 1.75 peratus sejak 7 Julai, 2020.

BNM berkata berikutan keadaan pandemik yang tidak menentu, pendirian dasar monetari akan terus ditentukan oleh data dan maklumat baharu serta kesannya kepada prospek keseluruhan inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.

Bank pusat menambah ia akan terus komited untuk menggunakan alat-alat dasarnya yang bersesuaian bagi mewujudkan keadaan yang menyokong pemulihan ekonomi yang berterusan.

Bagi ekonomi Malaysia, pelaksanaan semula langkah-langkah pembendungan di seluruh negara bagi mengekang penularan semula kes COVID-19 telah memperlahankan momentum pertumbuhan.

Gambar 1: Kadar Piawaian Standard (SBR) akan dihubungkan hanya dengan Kadar Dasar Semalaman (OPR), yang pada masa ini berada pada tahap terendah sepanjang masa iaitu 1.75%.

Gambar 1: Kadar Piawaian Standard (SBR) akan dihubungkan hanya dengan Kadar Dasar Semalaman (OPR), yang pada masa ini berada pada tahap terendah sepanjang masa iaitu 1.75%.

“Bagaimanapun, pelonggaran yang diberikan secara berperingkat baru-baru ini kepada lebih banyak sektor ekonomi untuk beroperasi, di samping kemampuan syarikat yang lebih tinggi untuk membuat penyesuaian dalam persekitaran operasi yang baharu serta sokongan dasar yang berterusan, sebahagiannya akan mengurangkan kesan tersebut dan membolehkan ekonomi terus berada pada landasan pemulihan,” kata BNM.

“Pada masa hadapan, pelonggaran langkah-langkah pembendungan yang selanjutnya, kemajuan pesat program pemberian vaksin dalam negeri dan pengembangan permintaan global yang berterusan akan menyokong momentum pertumbuhan menjelang tahun 2022,” kata BNM.

Namun begitu, risiko terhadap prospek pertumbuhan kekal cenderung ke arah pertumbuhan menjadi lebih perlahan disebabkan oleh faktor luaran dan dalam negeri, tambahnya.

Sementara itu, ekonomi global terus pulih, disokong oleh peningkatan aktiviti perkilangan dan perkhidmatan.

Menurut BNM, kekuatan pemulihan berbeza-beza merentas pelbagai negara terutamanya mengikut liputan pemberian vaksin, pelonggaran langkah-langkah pembendungan dan tahap sokongan dasar.

“Secara keseluruhan, imbangan risiko terhadap prospek pertumbuhan global cenderung ke arah pertumbuhan menjadi lebih perlahan.

“Hal ini disebabkan terutamanya oleh ketidakpastian berhubung dengan perkembangan pandemik berikutan munculnya varian yang membimbangkan dan potensi risiko volatiliti pasaran kewangan yang ketara berikutan perubahan dasar monetari ekonomi utama,”

Mulakan gaya hidup baru bersama keluarga tercinta di Taman Impiana Bidor!

Taman Impiana Bidor terletak di lokasi strategik di Bidor, Perak yang menyediakan akses ke pelbagai destinasi. Alami gaya hidup moden yang dilengkapi dengan pelbagai prasarana terkini di Taman Impiana Bidor seperti kedai runcit, pasar basah, pasar mini, sekolah, bank, klinik, kedai makan dan banyak lagi untuk kemudahan dan ketenangan anda.

Rumah kami direka untuk keselesaan harian anda. Fasa Baru (3B) menpunyai reka bentuk moden dengan keluasan yang lebih besar, dan dilengkapi dengan 4 bilik tidur dan 2 bilik mandi.

Fasa Baru (3B) kini dibuka untuk jualan! Miliki Rumah Teres 1-Tingkat yang , & LEBIH SELESA untuk anda sekeluarga pada Kadar Faedah (OPR) Terendah. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari: https://farlim.com.my/residential

 

Sumber : https://www.astroawani.com/berita-bisnes/opr-kekal-pada-175-peratus-bank-negara-318851